The Red Giants

EN
MY
SELANGOR FC
BERITA

Reviu Perlawanan LS4 | Selangor FC 5-2 Terengganu FC | Liga Super Malaysia 2025/26

Aug 28, 2025 - FAS

Selangor FC berjaya mempertahankan kubu Gergasi Merah setelah menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 5-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya semalam bagi perlawanan keempat saingan Liga Super 2025/26 yang juga aksi terakhir bagi bulan ini.

Aksi sengit di antara #SFCTER yang sering berbalas serangan bermula dengan Terengganu FC hampir menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-7 tetapi kedudukan ‘offside’ menindakkan gol tersebut. Sepuluh minit selepas situasi tersebut, Chrigor Moraes, penyerang import baharu Gergasi Merah, menanduk masuk hantaran jauh daripada Alvin Fortes pada minit ke-17. Kemudian, Noor Al-Rawabdeh membuat hantaran jauh menemui Quentin Cheng, beliau meleret bola tepat ke Alvin Fortes dan gol terhasil selepas Alvin Fortes meledak masuk bola pada minit ke-24. Seterusnya, Noor Al Rawabdeh membuat lambungan dari tengah padang, bola jatuh di hadapan Chrigor Moraes, mengalahkan penjaga gawang pihak lawan, terus menjaringkan gol kedua menggunakan kaki kanannya. Chrigor Moraes tamatkan separuh masa pertama dengan melengkapkan jaringan hat-trik pertama dalam karier beliau, kali ini menggunakan kaki kirinya selepas menerima sekali lagi hantaran daripada Noor Al Rawabdeh. Separuh masa kedua, Terengganu FC menjaringkan dua gol pada minit ke-69 dan minit ke-83 sebelum Izwan Yuslan, penyerang muda Merah Kuning, membawa bola ke hadapan dan terus menjaringkan gol kelima Selangor FC semasa masa tambah 90+6.

Menurut Katsuhito Kinoshi, Ketua Jurulatih Selangor FC, beliau bangga dengan para pemain dan berharap pasukan akan terus ‘progres’ dengan baik.

“Saya sangat bangga dengan para pemain, khususnya selepas kekalahan dalam perlawanan sebelum ini. Mereka telah bekerja keras untuk berada di tahap ini, dan malam ini usaha mereka dibalas dengan kemenangan. Saya ingin mengucapkan tahniah atas komitmen dan semangat yang mereka pamerkan. Ini adalah sebahagian daripada proses kami sebagai sebuah pasukan, dan penting untuk terus membina momentum ini, lebih-lebih lagi dengan jadual yang padat untuk musim ini. Dalam dunia bola sepak, banyak faktor yang mempengaruhi keputusan keadaan sesebuah pasukan, tetapi yang paling penting adalah pasukan tekad untuk terus memperbaiki diri dan menjadi pasukan yang lebih baik dari masa ke semasa,” sasaran beliau

Para pemain telah beraksi dengan penuh bersemangat dalam perlawanan #SFCTER semalam dari penjaga hingga ke barisan penyerang termasuklah pemain-pemain gantian. Kemenangan ini adalah hasil kerja keras mereka. Semoga pasukan dapat berikan yang lebih baik untuk perlawanan bulan September nanti.

Walau bagaimanapun, kemenangan ini tidak bermakna tanpa 6,055 para penyokong yang telah hadir memeriahkan Stadium MBPJ dan berikan sokongan padu mereka kepada para pemain. Tanpa anda kemenangan ini tidak bermakna. Terima kasih kamu ucapkan.

Liga Malaysia akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada Kalendar FIFA yang bermula pada 1 hingga 9 September ini. Beberapa pemain seperti Noor Al-Rawabdeh, Muhammad Abualnadi dan Omid Musawi dipanggil awal untuk bersama pasukan negara masing-masing. 

Terus setia dengan media sosial Selangor FC untuk sebarang maklumat lanjut dan kemas kini berkenaan pasukan.

Demi Kebanggaan!